Khamis, 20 Mei 2010

Aku Kaya dan Berjaya

Bagaimana untuk kaya dan berjaya?
Sedangkan hidup ini penuh dengan cabaran
dan dugaan.
Cabaran yang paling besar bagi mahkluk bernama manusia adalah untuk mendapatkan duit yang cukup untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan harian.

Dan sudah pasti gaji bulanan yang ada memang cukup untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan seharian.
Tetapi Lumrah manusia yang tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada dan telah diberikan.
Disinilah bermulanya kesilapan terbesar bagi makhluk bernama manusia. Di dorong oleh nafsu dan demi untuk memuaskan kehendak yang tidak pernah cukup, kita antara sedar dan tidak menambah hutang dan beban yang perlu kita galas.
Semuanya kerana kegagalan menguruskan kewangan dan gagal untuk menambahkan pendapatan bulanan supaya selari dengan perbelanjaan.
Dan biasanya bila perkara ini berlaku baru kita tersedar dan mula menyalahkan wang sebagai punca segala masalah walaupun sebenarnya wang adalah jalan penyelesaian bagi segala masalah.
Memang benar wang bukanlah segala-galanya tetapi sedarkah kita bahawa segala-galanya perlukan wang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan