Khamis, 27 Mei 2010

Kegagalan Untuk Kaya Dan Berjaya

Ramai yang merungut kerana:
Kaya tidak seperti yang dijangkakan
Berjaya tidak seperti yang diharapkan
Allah Maha Adil,
Menurunkan rezeki kepada mereka yang betul-betul pandai dan mahu bersyukur.
Sama seperti kita sesama manusia pandai, berterima kasih dan menghargai pemberian orang lain.
Oleh itu Sebelum kita menyalahkan orang lain ataupun ketidak adilan Allah, Tolong... tolong lihat semula kepada diri sendiri dan buat analisis dan kajian untuk mengenalpasti sifat tersembunyi yang tidak disukai oleh Nya.

KAYA...
Nanti aku jadi sombong
Nanti ramai orang datang meminta tolong
Nanti isteri dan anak aku menjadi mangsa penculikan
Nanti aku kena peras ugut
Nanti rumah aku kena curi
Dan bermacam-macam nanti lagi

ORANG KAYA
Orang yang sombong
Orang yang kedekut
Orang yang berlagak
Orang yang pandai ambil kesempatan ke atas orang lain
Orang yang macam lagi

BERJAYA
Susahlah untuk berjaya
Banyak rintangan
Aku tak pandai untuk berjaya
Aku tiada peluang untuk berjaya
Aku selalu tertipu
Dan bermacam-macam alasan lagi

ORANG YANG BERJAYA
Orang yang pandai cakap
Orang yang ada rupa
Orang yang lahir dari keluarga kaya
Orang yang memang pandai dari kecil
Orang yang dapat banyak bantuan
Alasan demi alasan

Inilah antara sifat tersembunyi yang perlu kita perbaiki dan hindari
Kenapa perlu bersangka buruk kepada Orang lain
Terutema kepada Orang yang Kaya dan Berjaya
Bukan ke lebih bagus dan elok jika bersangka baik sesama manusia
Barulah rezeki kita bertambah kerana tiada lagi sifat irihati
Yang ada hanyalah keikhlasan hati
Yang pastinya amat disukai oleh Yang Maha Esa

Bukankah bagus jika

KAYA
Bagus
Aku suka
Aku boleh memberi dengan lebih banyak dan rezeki aku akan bertambah

ORANG KAYA
Orang yang berjaya
Orang yang baik
Selalu membantu mereka yang memerlukan
Sentiasa ingin menghulurkan salam
Tidak sombng

BERJAYA
Perkataan yang paling aku suka
Aku pasti boleh berjaya
Untuk berjaya adalah mudah

ORANG YANG BERJAYA
Orang yang berusaha untuk berjaya
Dia juga manusia seperti aku
Aku pasti boleh jadi orang yang berjaya

Kan bagus kalau macam nie
Barulah Kaya dan Berjaya akan datang kepada kita
Kerana kita bersangka baik kepada Kaya dan berjaya
Dengan kata lain kita bersyukur kepadaNYA jika kita Kaya dan Berjaya bukan takut atau memandang negatif untuk Kaya dan Berjaya.
Dengan Izin Allah rezeki akan turun mencurah-curah kepada kita dengan tak tersangka

Kesimpulanya,
Tiada perkara buruk untuk KAYA DAN BERJAYA

Khamis, 20 Mei 2010

Aku Kaya dan Berjaya

Bagaimana untuk kaya dan berjaya?
Sedangkan hidup ini penuh dengan cabaran
dan dugaan.
Cabaran yang paling besar bagi mahkluk bernama manusia adalah untuk mendapatkan duit yang cukup untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan harian.

Dan sudah pasti gaji bulanan yang ada memang cukup untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan seharian.
Tetapi Lumrah manusia yang tidak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada dan telah diberikan.
Disinilah bermulanya kesilapan terbesar bagi makhluk bernama manusia. Di dorong oleh nafsu dan demi untuk memuaskan kehendak yang tidak pernah cukup, kita antara sedar dan tidak menambah hutang dan beban yang perlu kita galas.
Semuanya kerana kegagalan menguruskan kewangan dan gagal untuk menambahkan pendapatan bulanan supaya selari dengan perbelanjaan.
Dan biasanya bila perkara ini berlaku baru kita tersedar dan mula menyalahkan wang sebagai punca segala masalah walaupun sebenarnya wang adalah jalan penyelesaian bagi segala masalah.
Memang benar wang bukanlah segala-galanya tetapi sedarkah kita bahawa segala-galanya perlukan wang.